Visi saya membangunkan blog ini kerana mahu memartabatkan Bahasa Melayu di samping mewujudkan minat kepada rakyat Malaysia yang ingin mencuba sesuatu yang baharu. Dalam kekangan asyik menggunakan istilah teknikal (technical term) di dalam Bahasa Inggeris, saya berusaha sedaya upaya mengurangkan pengunaan technical term ini tanpa menjejaskan maksud asalnya. Dalam masa yang sama, komen, cadangan, kritikan sahabat-sahabat pelawat sekelian amatlah dihargai untuk kemajuan laman web saya ini.
Buat post yang pertama, saya akan menerangkan serba sedikit berkenaan Arduino. Hematnya, tak kenal maka tak cinta. Arduino terdiri dari gabungan litar bersepadu (intergrated circuit- IC) ATMega328 serta beberapa komponen elektronik yang lain. Arduino dikenali sebagai microcontroller kerana saiznya yang kecil, namun dengan beberapa baris program, ia dapat melakukan pelbagai perkara berkaitan kawalan automatik mahupun manual. Usah risau akan bagaimana untuk memasukkan program ke dalam Arduino kerana hal berkaitan akan dibincangkan dalam post yang akan-akan datang..
< Arduino sebagai alat kawalan jauh helikopter gyro.
Arduino sebagai papan layar (billboard) >
Buat post yang pertama, saya akan menerangkan serba sedikit berkenaan Arduino. Hematnya, tak kenal maka tak cinta. Arduino terdiri dari gabungan litar bersepadu (intergrated circuit- IC) ATMega328 serta beberapa komponen elektronik yang lain. Arduino dikenali sebagai microcontroller kerana saiznya yang kecil, namun dengan beberapa baris program, ia dapat melakukan pelbagai perkara berkaitan kawalan automatik mahupun manual. Usah risau akan bagaimana untuk memasukkan program ke dalam Arduino kerana hal berkaitan akan dibincangkan dalam post yang akan-akan datang..
< Arduino sebagai alat kawalan jauh helikopter gyro.
Arduino sebagai papan layar (billboard) >
"Saya berminat dengan Arduino, tapi macam mana nak beli satu? Macam mana nak guna?"
Arduino boleh didapati dalam pelbagai model, boleh dirujuk di http://arduino.cc/en/Main/Products
Namun, sebagai orang baharu dalam berjinak dengan Arduino, model Arduino Uno R3 (versi terbaharu) sangat digalakkan buat anda. Harga seunit lebih kurang RM 70-80. Pastikan ia yang asli - Buatan Itali (Tak ada Ferrari tapi ada Arduino pun cukup lah..haha..). Elakkan membeli model buatan China.Anda boleh membeli Arduino secara Online di website berikut:
1. http://www.myduino.com/
2. http://www.cytron.com.my/
3. http://www.homebrew-tech.com/shop (dalam bentuk starter kit. Saya beli Arduino di sini)
Foto dibawah merupakan beberapa contoh model Arduino yang terdapat dalam pasaran.
Arduino Uno R3 (digalakkan membeli yang ini)
Arduino Uno R2
Arduino Uno
Arduino Uno SMD (Surface Mounted Device) - model seperti saya guna sekarang.
Nota: Berbanding model yang lain, model SMD barangkali leceh apabila IC ATMega328 rosak, ia sukar digantikan dengan yang baharu. Boh lilin (Beli lain) ajela bila dah rosak.
Contoh: Arduino Mega buatan China
Selesai bab membeli, bolehlah kita teruskan kepada bahagaian seterusnya, bagaimana nak guna Arduino.
Anda memerlukan 3 benda iaitu:
1. Kabel USB (seperti kabel USB untuk printer).
2. Komputer dengan perisian Arduino - boleh muat turun di sini (Versi 1.0.5) http://arduino.cc/en/Main/Software
3. Tentunya, Arduino Uno. Pastikan Arduino Uno diletakkan di atas permukaan yang bukan konduktor bagi mengelakkan berlakunya litar pintas kepada IC.
Kemudian, buka perisian Arduino di komputer. Sepatutnya ia akan keluar sebegini rupa:
Selepas itu, sambungkan Arduino kepada komputer. Komputer akan memasang (install) dan memberitahu dimana COM Port Arduino anda.
Kembali semula kepada perisian Arduino, dari pilihan Tools > Board > Arduino Uno.
Kemudian, pastikan Serial Port anda berada pada COM yang betul (dalam contoh saya ini, saya menggunakan COM11) Tools > Serial Port > (COM11).
Selepas itu, kita sudah bersedia untuk pengalaman Arduino yang pertama. Blink.
Buka contoh yang tersedia di File > Examples > 01.Basic > Blink
Dapat dilihat beberapa baris program untuk kawal nyalaan LED berwarna jingga berhampiran pin 13 Arduino Uno. Anda boleh terus muat naik (upload - klik pada anak panah sebelah tanda betul). Hasilnya anda lihat LED jingga pada Arduino berkelip selang satu saat. Tapi apakah rahsia di sebaliknya? Berikut merupakan keterangan ringkas bagi pengaturcaraan (command line):
int led = 13; - menyatakan pin 13 pada Arduino akan dikenali sebagai "led"
void setup() - perkara yang akan dilakukan dahulu oleh Arduino
pinMode (led,OUTPUT); - menyatakan "led" tadi dalam mod output (melakukan tugas)
void loop() - perkara yang akan diulang oleh Arduino selama-lamanya
digitalWrite(led,HIGH); - memberitahu "led" supaya menyala kerana telah diberi isyarat HIGH / 1.
delay (1000); - tempoh masa dalam mikrosaat (1000 mikrosaat = 1 saat)
digitalWrite(led,LOW); - memberitahu "led" supaya padam kerana telah diberi isyarat LOW / 0.
Dalam pengaturcaraan yang mudah ini, anda dapat menguji Arduino anda supaya ia dalam keadaan normal. Tak kurang juga anda dapat mengubah tempoh delay bagi mendapatkan hasil menyala dan padam terhadap LED yang berbeza-beza.
Nota: Pastikan anda verify (tanda betul) bagi mengelakkan kesilapan program sebelum upload.
Selamat mencuba saya ucapkan. Bertemu dalam post yang akan datang. Sekian.
Nota Kaki: Bagi pengguna komputer MAC OS..anda boleh merujuk cara-cara memasang Arduino kepada komputer anda melalui tutorial berikut (Bahasa Inggeris)



